Saturday, January 17, 2009

Cabaran Industri Automobil Nasional (Bussiness Pressure)

Assalammualaikum artikel ini membincangkan tentang cabaran perniagaan (bussiness pressure) yang terdapat di dalam Industri Pengangkutan (Transportation Industry) di negara kita seperti Perodua dan Proton. Sila tinggalkan komen jika terdapat sebarang pendapat.

Bagi tahun ini, kepastian tentang impak AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) terhadap industri automotif negara sekali lagi hangat diperkatakan terutamanya dalam konteks kesannya terhadap harga kereta di pasaran tempatan.

Para penganalisis dan para pengguna nampaknya tidak meletakkan harapan tinggi untuk tahun 2005 seperti mana harapan mereka pada awal tahun 2004 - tahun di mana ramai pengguna berharap harga kereta akan jatuh mendadak, tetapi sebaliknya ramai yang kecewa.

Sekali lagi kerajaan mengambil langkah menggantikan duti import automotif yang diturunkan dengan duti eksais. Ini antara lain, sebagai langkah untuk memastikan aliran pendapatan kerajaan tidak terjejas akibat penurunan duti import automotif.

Kesan pelaksanaan AFTA terhadap industri automotif nasional semakin ketara.

Dilema untuk terus memelihara industri automotif tempatan yang selama ini terpelihara menerusi dasar perlindungan perlu diseimbangkan dengan keperluan untuk melaksanakan perjanjian AFTA yang telah dimeterai.

Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan keupayaan persaingan Malaysia berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Thailand dan Indonesia dalam industri automotif. Kedua-dua negara rancak menjadi pusat pemasangan kereta import bagi rantau ini.

Dasar perlindungan dalam bentuk duti import dan tarif ke atas kenderaan import yang telah dilaksanakan semenjak kita mempunyai industri automotif nasional sememangnya memberikan pendapatan yang besar kepada kerajaan.

Dengan pelaksanaan AFTA, penurunan duti secara drastik pastinya akan menjejaskan hasil negara dan kehilangan pendapatan ini wajar ada gantinya.

Meskipun demikian, kerajaan masih lagi komited dengan AFTA dan perkara ini dapat dilihat dengan kemasukan kereta-kereta import yang semakin membanjiri jalan-jalan raya.

Apa yang lebih menarik, kereta-kereta penumpang berjenama import untuk kelas pertengahan semakin mampu dimiliki oleh kebanyakan kita dengan harga, kualiti dan prestasi yang memuaskan.

Keadaan ini sudah pasti memberi tekanan kepada pengeluar kereta nasional untuk mengekalkan penguasaan pasaran yang sedia ada di samping, mengekalkan tahap kesetiaan pembeli tempatan terhadap kereta nasional.

Cabaran yang dihadapi oleh industri automotif tempatan sememangnya hebat. Selain AFTA, industri automotif turut menerima kesan akibat dari kenaikan sebanyak 30 peratus harga besi dan keluli dunia. Ini mengakibatkan para pengeluar terpaksa menghadapi tekanan kos yang meningkat.

Tambahan lagi, penurunan nilai dolar turut memberikan kesan ke atas industri automotif dunia. Penurunan dolar berbanding nilai mata wang lain menyebabkan harga kereta buatan Amerika secara relatifnya lebih murah berbanding dengan harga kereta lain. Keadaan ini memberikan kesan ke atas eksport kereta oleh pengeluar kereta lain (bukan Amerika).

Selain itu, kenaikan harga minyak yang mencapai paras AS$50 setong turut menjejaskan pendapatan boleh guna para pembeli. Ini seterusnya mampu menjejaskan permintaan terhadap kereta.

Selain cabaran global di atas, industri automotif tempatan turut menghadapi keadaan pasaran kereta tempatan yang matang. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan kenderaan di jalan raya kini.

Dianggarkan di Malaysia kini, nisbah penduduk berbanding kereta ialah empat kepada satu atau empat rakyat Malaysia untuk satu kereta.

Keupayaan bersama Proton dan Perodua adalah sebanyak 500,000 buah kereta setahun dan ini sebenarnya sudah lebih dari mencukupi untuk memenuhi pasaran kereta tempatan yang tidak besar.

Pengeluaran lesen baru untuk membawa kereta import ke Malaysia sudah pasti akan meningkatkan jumlah penawaran kereta di pasaran tempatan dan penambahan penawaran berbanding permintaan pasti akan mengakibatkan penurunan harga kenderaan tidak akan dapat dielakkan.

Pengeluar kereta nasional juga perlu bersedia dengan perubahan cita rasa pembeli tempatan. Setelah sekian lama rakyat Malaysia hanya `mampu' membeli kereta tempatan dan lebih 70 peratus pasaran kereta dikuasai oleh Proton dan Perodua, pembukaan pasaran bagi memenuhi AFTA telah memberikan kita lebih banyak pilihan dan membuka `selera' untuk mencuba kenderaan lain pula.

Semua ini adalah antara realiti dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pengeluar kereta tempatan. Langkah awal Proton dan Perodua terhadap cabaran ini sudah dapat dilihat di mana kedua-duanya telah menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta luar negara bagi memastikan penguasaan pasaran yang sedia ada tidak terlepas begitu sahaja.

Yang jelas, para pengguna semakin mempunyai banyak pilihan sekarang. Adalah diharapkan, pengguna tempatan akan terus setia membeli barang buatan tempatan.

Untuk memastikan ini, sudah pasti para pembeli tempatan mahukan kualiti kereta nasional yang dipertingkatkan (sebagai contoh, peningkatan ciri keselamatan seperti beg udara) dengan harga yang setanding dengan kereta import.

Khidmat selepas jualan yang cemerlang turut akan menjamin kesetiaan para pembeli di samping harga alat ganti kereta nasional yang secara amnya masih lagi murah dan mudah untuk diperoleh. - MOHD NAHAR MOHD ARSHAD, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kesimpulan:

Di dalam artikel ini menunjukkan beberapa contoh tekanaan perniagaan yang dialami oleh syarikat automobil Malaysia seperti Proton dan Perodua. Antara tekanan yanag dialami oleh syarikat itu adalah:

perlaksanaan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)--> Dengan Perlaksanaan AFTA ini duti import kereta daripada negara luar akan mengalami penurunan secara drastik. ini membuatkan lebih banyak kereta buatan luar negara luar masuk ke negara ini dan kesannya penduduk tempatan lebih ramai membeli kereta buatan negara luar dimana kualitinya lebih bermutu dan teknologinya lebih terkini. ini akan memberi kesan terhadap penjualan kereta tempatan.

kenaikkan harga besi dan keluli--> kenaikkan sebanyak 30% turut memberi tekanan kos yang besar kepada pengeluar.

Penurunan nilai dolar--> Penurunan dolar berbanding nilai mata wang lain menyebabkan harga kereta buatan Amerika secara relatifnya lebih murah berbanding dengan harga kereta lain. Keadaan ini memberikan kesan ke atas eksport kereta oleh pengeluar kereta lain (bukan Amerika)

Kenaikkan harga minyak--> kenaikan harga minyak yang mencapai paras AS$50 setong turut menjejaskan pendapatan boleh guna para pembeli.



Kualiti dan Penambahbaikan Syarikat Automotif:


Dari segi kualiti, sebenarnya, semua syarikat-syarikat automotif dimana-mana negara didunia ini menghadapi masalah kualiti yang serius didalam penglibatan awal mereka. Malah syarikat seperti Hyundi dan Kia mempunyai kualiti yang teruk walaupun setelah beroperasi selama 40 tahun. Ini boleh dilihat daripada indek JD Power Survey yang dikeluarkan dimana syarikat-syarikat ini mempunyai kualiti dibawah standard industri malah ada satu ketika syarikat-syarikat ini dilabel sebagai `crap’ oleh pengguna. Ini juga berlaku kepada syarikat-syarikat automotif Jepun diawal kewujudan mereka. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dialami oleh vendor-vendor tempatan seperti pengalaman, penguasaan teknologi, permintaan, kos operasi dan sebagainya. Apa yang penting adalah peningkatan dan penambahbaikan terhadap indeks kualiti ini. Inilah yang diamalkan oleh Proton. Sejak dari awal penubuhan proton, kualiti kereta proton sentiasa meningkat dan dibaiki. Pada tahun 2001 semasa Proton Waja dikeluarkan (kereta pertama yang direkabentuk oleh anak tempatan), ianya mempunay seribu satu macam masalah dan pada ketika ini defect ratio bagi proton waja adalah amat tinggi. Tetapi pada tahun 2004, setelah batch terbaru proton waja dikeluarkan, lebih dari separuh masalah-masalah quality telah dapat diatasi. Peningkatan kualiti juga boleh dilihat melalui perubahan model dimana model-model terbaru yang dikeluarkan adalah lebih baik dari model-model sebelumnya. Walaubagaimanapun peningkatan kualiti tidak boleh berhenti setakat ini sahaja, tetapi perlu diteruskan sehingga kita mampu mencapai standard kualiti kelas pertama.

4 comments:

  1. camane geng..ok x intro ak ni?? bru intro beb..

    ReplyDelete
  2. ...jadi kita dapat lihat tekanan-tekanan yang sedia dihadapi oleh indstri automotif negara dari segi market, teknologi, serta sosialnya.

    1. market: pasaran kereta negara jelas pada awalnya tidak mendapat sambutan di luar negara, tapi lama kelamaan apabila pasaran ke lar negara semakin bertambah, pasaran dalam negara pla makin berkurang dengan pertambahan kemasukan kereta import yang harganya semakin menurun dari masa ke masa.

    2. teknologi: seperti sedakita maklum bahawa kepakaran anak malaysia pada masa kini masih belum dapat menyaingi kepakaran syarikat2 besar yang terkemuka. malahan pada awal pembabitan negara dalam industri atomobil ini, ia hanyalah mengambil pakai teknologi dari negara lain yang telah sedia ada.

    3. sosial: ini dapat dilihat dengan budaya ada daya beli masyarakat kita. mereka lebih tertarik kepada kereta import yang kualitiyna dijamin serta rekabentuknya yang lebih efisyen dan menyerlah jika dibandingkan dengan kereta negara. walapun kereta negara semakin menampakkan perubahan fizikalnya (rekabentuk) serta ciri2 dalaman yang semakin ditambak baik, namun demikian, kerana kadar kemasukan kereta import yang semakin meningkat dengan harga yang berpatutan dengan kualitinya, ini memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan yang lebih menjurang kepada kemerosotan kadar jualan kereta negara.

    ReplyDelete
  3. Dari segi teknologi,pengeluar kereta Malaysia semakin menampakkan peningkatan yang ketara. Contohnya Proton telah berjaya menghasilkan enjin sendiri iaitu Campro hasil kerjasamanya dengan Petronas pembabitannya dengan F1. Walaupun enjin ini merupakan satu kegagalan pada permulaan pemasarannya,Proton telah berjaya menghsilkan versi kedua yang jauh lebih baik dan memuaskan hati banyak pihak. Selain itu, dengan pembelian Lotus, kereta Proton Savvy telah mendapat banyak manfaatnya seperti mempunyai chasis yang berkelas dunia. Syabas Malaysia!

    ReplyDelete