Saturday, January 17, 2009

Model Pembangunan Industri Automotif Dan Perlindungan Yang Diberi Terhadapnya




Pembangunan industri automotif negara adalah berdasarkan kepada prosedur pembangunan industri automotif (sumber : Dicken 1998) yang digunapakai negara-negara lain di dunia iaitu :-

Langkah 1) Mengimport kenderaan CBU (complete built up) oleh pembekal tempatan

Lnagkah 2) Pemasangan semi atau sepenuhnya kenderaan CKD (complete knocked-down) syarikat franchise tempatan

Langkah 3) Pemasangan kenderaan CKD dengan peningkatan komponen tempatan

Langkah 4) Pembuatan sepenuhnya kenderaan dan dimulakan dengan perlindungan untuk pasaran tempatan, diikuti dengan pasaran eksport dan seterusnya melahirkan syarikat transnational.

Salah satu usaha dan rangka kerja dalam memastikan peningkatan penglibatan bumiputera dalam industri automotif adalah penggunaan komponen tempatan.


Perlindungan sebagai aspek penting dalam industri automotif dunia:

Sepertimana prosedur industri automotif yang digunapakai oleh industri automotif dunia dimana syarikta automotif memerlukan perlindungan (protection), Proton juga menikmati protection dari kerajaan untuk membolehkannya berdiri dan bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang telah wujud lebih lama. Perlindungan ini adalah dari segi duti import yang dikenakan kpd kenderaan yang diimport secara CBU ataupun CKD. Perlindungan ini adalah biasa diamalkan oleh mana-mana syarikat automotif di dunia seperti yang dinikmati oleh syarikat Korea seperti Hyundai dan Kia. Hyundai dan Kia yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi menikmati perlindungan dari kerajaan mereka malah walaupun perlindungan telah dikurangkan pada tahun 2004, sykt masih lagi dilindungi secara halus di negara korea. Ini boleh dilihat melalui audit cukai yang tegas yang dikenakan keatas pemilik kenderaan import dan berbagai-bagai lagi. Tidak hairanlah, perlindungan yang diberikan oleh kerajaan korea ini menyebabkan pasaran kereta import di Korea adalah dalam lingkungan 10% sahaja, dan selebihnya adalah milik syarikat tempatan korea. Konsep yang sama inilah juga digunapakai di Malaysia.

2 comments:

  1. C'mon geng komen pape yang patut!!!

    ReplyDelete
  2. good..
    proton smemangnya contoh industri yg automobil yg tbesar dkeluarkn dr negara kte sndiri..

    so kte bole bncangkn mngenai pbezaan marketing plan proton sejak dari 1985 sehingga yg terkini?
    ape pbezaan marketing yg lame dan yg baru.. ape strategi marketing proton utk mnyaingi jenama2 kereta yg lain? ape tjadi bile proton di dtekan oleh syarikat automomobil kedua (Perodua) yang pernah menyaingi proton dlam pasaran d Malaysia ini..
    :D

    ReplyDelete