Sunday, January 18, 2009

RapidKL


Pengenalan RapidKL

Salah satu industri pengankutan yang tidak asing lagi bg penduduk Lembah Klang. RAPID KL atau Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang diamanatkan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang berintegrasi meliputi perkhidmatan rel dan bas di kawasan Lembah Kelang.

Ditubuhkan pada Julai 2004 dan beroperasi pada bulan November tahun yg sama, RAPID KL hari ini telah mengendalikan seramai 4 juta pelanggan seminggu: 2.1 juta melalui Aliran Ampang (sebelumnya dikenali sebagai Aliran STAR) dan Aliran Kelana Jaya (sebelumnya dikenali sebagai Aliran PUTRA) dan seramai 1.9 juta melalui sistem bas, yang dahulunya dikenali sebagai Intrakota dan Cityliner. RAPID KL menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui 48 stesen LRT dan juga 165 laluan basnya.

RAPID KL adalah syarikat yang dimiliki 100% oleh Kerajaan dibawah Kementerian Kewangan dimana perjanjian operasinya adalah bersyarat setelah ianya berupaya mencapai satu set petunjuk prestasi (KPI) yang diawasi secara berasingan oleh syarikat.

Kini, terdapat 3 pengankutan utama yang berada dibawah kendalian Rapid KL.

ALIRAN KELANA JAYA (Dulunya dikenali sebagai Aliran PUTRA)

Aliran Kelana Jaya menggunakan sistem canggih teknologi tanpa pemandu oleh Advances Rapid Transit Mark II dari Kanada. Ianya mempunyai rekod spesifikasi berprestasi tinggi yang terbukti di Amerika Utara, Eropah dan direkabentuk menepati cirri-ciri moden Bandaraya Kuala Lumpur.

Aliran bermula dari depot di Subang dan berakhir di Terminal Putra di Gombak yang berjumlah 29km dengan jumlah stesen sebanyak 24 buah.

Operasi pertamanya bermula pada 1 September 1998 diantara Depot Subang ke Stesen Pasar Seni dan bagi seksyen dua pula, diantara Stesen Pasar Seni ke Terminal Putra pada Jun 1999.

Pada tahun 2002, sistem ini telah membawa penumpangya yang ke 150 juta, dengan kadar purata harian penumpang seramai 160,000 orang sehari. Hari ini, Aliran Kelana Jaya membawa seramai lebih daripada 170,000 penumpang setiap hari dan lebih daripada 350,000 penumpang sehari ketika acara kebangsaan diadakan.


Aliran Ampang / Sri Petaling (Dulunya dikenali sebagai Aliran STAR)

Aliran ini menggunakan tren dan sistem yang diperbuat daripada Adtranz German. Fasa 1 telah dibuka pada September 1998 diantara Stesen Sultan Ismail hingga Stesen Sri Petaling dan Stesen Ampang dan dalam bulan Disember 1998 dari Stesen Sultan Ismail ke Sentul Timur.

Pada hari ini, aliran ini mengendalikan lebih daripada 130,000 hingga 150,000 penumpang sehari pada hari biasa dan purata 120,000 penumpang setiap hari pada hari Sabtu dan Ahad.

Terdapat 25 stesen disepanjang 27km laluannya, membawa penumpang-penumpang dari pinggir bandar di kawasan utara, timur laut dan barat daya Lembah Kelana.

BAS RapidKL

Hari ini, RapidKL mengendalikan sebanyak 165 laluan bas di seluruh Lembah Kelang yang terdiri daripada 10 laluan bandar, 87 laluan tempatan, 65 laluan utama dan 3 laluan ekspres. Kami mempunyai 11 depot bas di seluruh Lembah Kelang dan lebih daripada seribu buah bas beroperasi.

Kami membawa lebih dari 192,000 penumpang setiap hari. Bagi mengalakkan penggunaan pengangkutan awam disamping menyediakan perkhidmatan kepada orang awam, RapidKL akan terus membuat penilaian bagi laluan-laluan bas baru.

1 comment:

  1. geng.. RapidKL ni power dr segi perancangan pemasaran mereka.. Tu pasal diorang boleh beli STAR ngn PUTRA..
    Next post aku akan post cemane strategi marketing dorang..
    hee.. nntikan..

    ReplyDelete